Wednesday 12 September 2018

Jadual makan baby 6 bulan


Hopefully boleh paham la. Ada note kecik kat bawah tu rules2 yang penting. Maksud mix 'old' and 'new' tu macam ni. 
'Old' - makanan yang kita dah berjaya sebelum ni & lepas 4 hari makan & takde tanda alergik.
'New' - makanan yang kita pun dah berjaya baru2 ini. 

Contoh dari jadual kat atas.

Old = Rice
New = Apple
Hari ke14 korang mixkan rice + apple sebab both dah lepas ujian alergik. 
Korang tak boleh mixkan rice dengan carrot lagi sebelum hari ke24.

7 BULAN

6 BULAN




Cara Simpan Sayur supaya Tahan Lama


















Sunday 2 September 2018

Jom ketahui tips sejuk beku puri bayi!

7 LANGKAH UTAMA MENYEJUK BEKUKAN PURI BAYI


  1. Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi. Pastikan ia sudah dibasuh bersih dan dikeringkan sebelum digunakan
  2. Sebelum menyejuk bekukan puri, pastikan ia sudah sejuk sekurang-kurangnya pada suhu bilik
  3. Pindahkan puri ke dalam dulang kiub. Masukkan dulang berisi puri itu ke dalam plastik yang boleh di-seal atau tutup dulang menggunakan plastik pembalut/foil aluminium dengan kemas. Sekiranya dulang tersebut mempunyai penutup, tutup dengan rapat.
  4. Letakkan dulang berisi puri di dalam peti bahagian sejuk beku. Pastikan suhu dibawah -18°C.
  5. Selepas puri beku sepenuhnya, pindahkan kiub puri tersebut ke dalam plastik sealed. 
  6. Label puri tersebut. Tulis nama makanan dan tarikh masuk peti sejuk beku. Ini sangat penting untuk membantu ibu bapa mengetahui makanan mana yang perlu dimakan dahulu. Konsep ini dikenali sebagai ‘First in, First out’ (FIFO). Makanan yang paling awal masuk peti, perlu digunakan dahulu
  7. Letakkan semula puri yang sudah dilabel ke dalam peti bahagian sejuk beku.



TIPS PENGGUNAAN DULANG KIUB AIS

Mengapa dulang kiub ais digunakan? Apabila puri dibekukan dalam dulang ais, ia lebih mudah untuk dicairkan dalam jumlah yang sedikit. Berbanding jika dibekukan dalam bekas biasa, puri pasti sukar dibahagikan dalam jumlah yang kecil semasa ingin mencairkannya

Panduan Dan Pemakanan Bayi 6 Bulan

Minggu Ke Dua 


  1. Boleh cuba sayur- sayuran pula. Pilih sayur yang sesuai, tidak pahit, tidak bergas (Brokoli), pure Sayur yang paling baik adalah puree labu, kentang, lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

  • Puree Kentang : Vitamin A, rebus kentang dan lenyek dan mesti dicampurkan dengan susu ibu 



  • Puree Labu : Stim atau rebus labu sehinggan empuk dan lececkkan labu sehingga lumat,mesti dicampurkan dengan susu 











  • Puree lobak : Boleh membuatkan "poopoo" bayi keras. Pastikan cair 
  • Puree Brokoli : Mula-mula kite kupas mane yg patut dan potong2kan...jadikan size kecik2 sikit...Selepas tue rebus / stim segala sayur dan buah tue
  • Kita rebus sampai agak2 lembut la...selepas tu toskan dan tunggu sampai sejuk sikit baru blend, masa blend tue letak air jgn la byk sgt..kalau byk sgt kang cair sgt plak...agak2 boleh gerak je la..(maaf yea gambar masa proses mem"blender" x sempat nak ambik gambar...




  • Setelah siap diblender, sila lah masuk kan dalam bekas kecik2 nie atau pun masuk dalam tempat buat ais tue, pastikan sume bertutup yea..baru lah rasa selamat sikit dalam peti tue..kalau x kang bercampur lak ngan lauk pauk...
    Gambar di bawah nie adalah gambar setelah di blender......

  • Kalau dah betul2 beku, korang boleh kuarkan drpd kiub ais tue, dan masukkan dalam satu tupperware besar, nanti senang bile nak guna ambil jer beberapa kiub yg korang nak...
  • 2@3 jam sebelum nak dipanaskan tue kene kuarkan dulu lah bagi cair beku tue, baru senang nak panaskan,pastu aku biasa panaskan atas api kecik sambil kacau2, jgn korang tinggal lak, nanti hangit pulak...kalau nak pakai slow cooker @ microwave pun bole jugak...tapi aku lagi senang panaskan atas dapur gas jer....
  • Ok siap sedia untuk dimakan si adik...biasanya aku akan bawak 2 bekas ke rumah BS...satu breakfast dan satu lagi makan tengahari....bubur nasi pun aku puree kan jugak, tp x ambil gambar...pastu campur la bubur nasi n sayur+buah tue...
Kredit : http://aidayan.blogspot.com


Panduan Dan Pemakanan Bayi 6 Bulan

Minggu Pertama

1)  Tidak mendesak anak mengambil makanan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. jika pure mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnye)

Maklumat Penting


  • Elakkan buah buahan Citrus/ Masam seperti Orange
  • Puree Apple : Elakkan Epal Hijau, Carilah apple besar yang mani dan boleh dicampurkan dengan sedikit susu selepas dikisar
  • Puree Pisang : Carila pisang yang masak ranum (lebih senang dilecek) dan campurkan dengan sedikit susu untuk mengurangkan sifat likat dan melekit
  • Puree betik : Betik adalah buah buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus hanya lecek dan dicampurkan dengan susu ibu
  • Jika anda bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi uantuk diperkenalkan anda bolehla mencampurkan perisa pisang denga pear atau apple dengan pearuntuk memberi kelainan kepada bayi.
3) Pada umur bayi 6-7bulan makanan yang harus diajuhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging meraha & makanan laut. 
  • risiko elergik
  • garam dan gula (perasa) tidak dibenarkan bawah 2 tahun kerana ginjal bayi masih belum matang

Tips & pemakanan anak 6 Bulan

Yeayyyyy.. Aqiff Zhaffran dah nak start makan.. So mama dah cari serba sedikit menu2 yang perlu dibuat..

Susu ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi.

Bubur nasi– 1 kali untuk 3-5 hari pertama. 2 kali pada minggu berikutnya, kemudian tingkatkan sehingga 3 kali. Kemudian, secara beransur-ansur, tambahkan bahan lain seperti sup stok ayam, kuning telur, puri sayuran ke dalamnya.

Ibu bapa boleh tengok contoh bahan yang boleh ditambah ke dalam bubur anak dalam Resepi bubur, stok ayam dan makanan puri yang bagus untuk bayi 6 bulan.

Puri buah atau/dan snek yang berupa biskuit bayi yang dilenyek bersama susu ibu – 1 kali.

Menurut eatright.org, antara makanan yang paling digemari dan mudah diterima oleh bayi adalah

lobak merah
keledek
labu
pisang
betik
pear
kentang

minggu pertama 
-brokoli -4 hari, pear - 4hari, avacado -4 hari



















Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give ‘P’ (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop ‘BRAT’.
Cirit-birit : Feed ‘BRAT’ (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop ‘P’

Sakit GiGi

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:

1. HILANGKAN PLAK
Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. MINYAK GAMAT
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. GIGIT BUNGA CENGKIH
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. KUMUR DENGAN AIR GARAM
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. KAPUR SIRIH
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. KUMUR AIR REBUSAN SIRIH
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. LIDAH BUAYA
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. HABBATUS SAUDA
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. DAUN SERAI
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. TOMATO MUDA
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. GAMBIR
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. KUMUR GARAM, AIR DAN LIMAU NIPIS
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. ASAM JAWA
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. BAWANG PUTIH
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.


Kredit : Sirap Limau