Sunday 2 September 2018

Jom ketahui tips sejuk beku puri bayi!

7 LANGKAH UTAMA MENYEJUK BEKUKAN PURI BAYI


  1. Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi. Pastikan ia sudah dibasuh bersih dan dikeringkan sebelum digunakan
  2. Sebelum menyejuk bekukan puri, pastikan ia sudah sejuk sekurang-kurangnya pada suhu bilik
  3. Pindahkan puri ke dalam dulang kiub. Masukkan dulang berisi puri itu ke dalam plastik yang boleh di-seal atau tutup dulang menggunakan plastik pembalut/foil aluminium dengan kemas. Sekiranya dulang tersebut mempunyai penutup, tutup dengan rapat.
  4. Letakkan dulang berisi puri di dalam peti bahagian sejuk beku. Pastikan suhu dibawah -18°C.
  5. Selepas puri beku sepenuhnya, pindahkan kiub puri tersebut ke dalam plastik sealed. 
  6. Label puri tersebut. Tulis nama makanan dan tarikh masuk peti sejuk beku. Ini sangat penting untuk membantu ibu bapa mengetahui makanan mana yang perlu dimakan dahulu. Konsep ini dikenali sebagai ‘First in, First out’ (FIFO). Makanan yang paling awal masuk peti, perlu digunakan dahulu
  7. Letakkan semula puri yang sudah dilabel ke dalam peti bahagian sejuk beku.



TIPS PENGGUNAAN DULANG KIUB AIS

Mengapa dulang kiub ais digunakan? Apabila puri dibekukan dalam dulang ais, ia lebih mudah untuk dicairkan dalam jumlah yang sedikit. Berbanding jika dibekukan dalam bekas biasa, puri pasti sukar dibahagikan dalam jumlah yang kecil semasa ingin mencairkannya

No comments:

Post a Comment