Wednesday 21 October 2015

Resepi Anak 1 tahun Yang Sihat, Mudah dan Sedap




Nasi goreng ikan bilis


Bahan-bahan:
Nasi yang telah masak
Ikan bilis yang telah dibuang kepala,najis dan tulangnya. Rendam dalam air.
Bawang putih
Bawang merah
Sayur yang digemari anak
Minyak zaitun
Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan merah sehingga lumat.
Tumis dengan sedikit minyak zaitun.
Dah wangi dan keperangan, boleh masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan tutup ap
Jemput-jemput ikan bilis

Bahan-bahan:
Bawang merah dicincang halus
Daun sup dicincang halus
Kentang dipotong dadu
Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulangnya, direndam dalam air.
Tepung unbleached
Air yang telah ditapis
Minyak Zaitun

Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis sehingga lumat
Masukkan ikan bilis, bawang, kentang dan daun sup dalam tepung.
Tambahkan air agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sehingga sebati.
Gorengkan dalam minyak zaitun sehingga keperangan.

  1. Marcaroni goreng
    Bahan-bahan:
    Sedikit udang kering (pastikan anak anda tidak alah dengan udang). Basuh dan rendam dalam air.
    Bawang putih
    Bawang merah
    Unsalted butter
    Marcaroni yang telah direbus dengan air dan sedikit minyak zaitun dan ditoskan
    Cara memasak:
    Kisarkan udang kering, bawang merah dan putih.
    Cairkan sedikit unsalted butter, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan keperangan.
    Masukkan marcaroni dan gaul sebatiChicken p
    • Bahan-bahan:
      • Tepung unbleached
      • Sedikit soda bikarbonat
      • Telur (pastikan anak anda dah lepas ujian telur)
      • Unsalted butter
      • Kurma yang telah dijadikan puree
      • Madu
    • Cara memasak:
      • Pukul telur sehingga kembang
      • Masukkan tepung dan soda bikarbonat
      • Masukkan sedikit puree kurma
      • Gaulkan sehingga sebati
      • Panaskan kuali dan cairkan unsalted butter.
      • Masukkan satu senduk bancuhan tadi. Masak dengan api yang kecil
      • Dah siap, boleh dimakan juga dengan madu
  2. Biskut melt in mouth
    • Bahan-bahan:
      • 1/2 cawan unsalted butter
      • 1/8 cawan tepung jagung
      • 3/4 – 1 cawan tepung unbleached
    • Cara memasak:
      • Pre-heat Oven 190 Celcius
      • Pukul unsalted butter sampai kembang
      • Masukkan tepung, gaul sebati.
    • Cara tambah perisa, sama ada:
      • 1/3 adunan ditambah dengan 1 sudu besar puree kurma
      • 1/3 adunan ditambah dengan susu ibu
      • 1/3 adunan ditambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma
  3. Ikan tenggiri panggang butter
    • Bahan-bahan:
      • Ikan tenggiri potong dibasuh dengan air asam jawa
      • Bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk
      • Unsalted butter
    • Cara memasak:
      • Lumurkan potongan ikan tenggiri tu dengan bawang putih dan kunyit.
      • Perapkan.
      • Panaskan kuali dengan butter, masak ikan sehingga keperangan.
  4. Nugget Ayam
    • Bahan-bahan:
      • Isi ayam
      • Oat
      • Tepung unbleached
      • Telur (pastikan anak dah lepas ujian alahan telur)
      • Minyak Zaitun
    • Cara memasak:
      • Kisarkan ayam dengan sedikit air masak (jangan banyak nanti susah nak kepal)
      • Campurkan sedikit tepung sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa tepung tu lebih dominan
      • Celup dalam telur
      • Golekkan dalam mangkuk berisi oat
      • Goreng dengan minyak zaitun
  5. Creamy Cheezy Chicken pasta
    • Bahan-bahan:
      • Bawang merah, bawang putih
      • Marcaroni/ pasta lain
      • Isi Ayam
      • Stok ayam homemade
      • Lobak merah/cendawan/brokoli
      • Cheddar cheese (grated)
      • Pepper/ black pepper (letak sedikit je takut perut anak tak tahan)
      • Pelbagai herba itali
      • Unsalted butter/ minyak zaitun
      • tepung unbleached
    • Cara Memasak:
      • Rebus marcaroni dengan air dan sedikit minyak zaitun
      • Tumis semua bawang dengan unsalted butter.
      • Masukkan isi ayam
      • Masukkan air/stok ayam
      • Tambah tepung dan kacau sehingga tidak berketul
      • Masukkan sayur
      • Bila dah mendidih, masukkan cheese, pepper dan mixed herbs tadi
      • Tutup api bila cheese dah cair
  6. Kentang bakar
    • Bahan-bahan:
      • Kentang
      • Unsalted butter
      • Pepper
      • Chopped garlic
    • Cara memasak:
      • Bersihkan kentang
      • potong ikut suka
      • Gaul dengan sedikit pepper, chopped garlic dan unsalted butter
      • Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven, boleh bakar atas kuali tapi kena steamkan dulu, biar kentang menjadi lembut
  7. Biskut kering
    • Bahan-bahan:
      • Roti Gardenia
      • Pencetak kuih raya
    • Cara Memasak:
      • Terap roti gardenia mengikut bentuk yang anda suka
      • Bakar pada suhu 110 celcius selama 10 minit
      • Bakar sehingga keperangan (semua air dah keluar dari roti)
      • Sejukkan

No comments:

Post a Comment