Saturday 7 December 2013

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan
Udang 1/2 kilo ( aku masak 6 ekor udang besar )
Santan 1 biji kelapa
Cili api (suka suka hati nak banyak mana..aku suka pedas)
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 1 biji
Kunyit hidup / kunyit serbuk (kunyit hidup lagi sodap)
Serai 2 batang
Garam

Cara cara
Bersihkan udang..buang segala janggut dan taiknya..kalau boleh belah belakang udang tu..
Blend cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit
Masukkan santan, udang dan bahan yang di blend tadi ke dalam periuk
Masukkan garam dan serai yang telah diketuk
Kacau sehingga mendidih...Jangan tak kacau nanti pecah minyak tak sedap...
Agak agak udang dah masak, bolehlah tutup api yer...Siap!

Thursday 22 August 2013

Tips Penjagaan Kehamilan

Penjagaan Kehamilan
Minggu 1 - 12 (Trimester Pertama)

Alahan
Macamana alahan semasa hamil yang mungkin saya alami?
Masalah dan alahan yang mungkin puan alami ialah rasa loya dan muntah, tidak selesa dengan bau tertentu dan mengalami gatal-gatal di bahagian kulit.

Ada tak cara saya nak atasi alahan tersebut?
Puan boleh atasi dengan mengelakkan punca alahan tersebut. Sekiranya puan mengalami muntah yang teruk, puan perlu mendapatkan nasihat doktor. Bagi mereka yang mendapat gatal-gatal pada kulit, elakkan mengguna sabun yang ada pewangi dan sekiranya semakin teruk sila dapatkan nasihat doktor.

Minggu 13 - 24 (Trimester Kedua)

Masalah / Penyakit yang perlu diberi perhatian

Kenapa bila saya hamil saya boleh menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes (kencing manis)?
Apabila puan hamil, terjadinya perubahan fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit hipertensi dan diabetes semasa hamil.

Saya sentiasa pucat semasa hamil. Kenapa?
Ini adalah kerana puan mungkin kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor kerana kurang darah memberi kesan kepada puan dan pertumbuhan bayi.

Ada tak penyakit kronik lain yang perlu diberikan perhatian semasa hamil?
Ada, seperti penyakit jantung, asma, tiroid dan lain-lain.

Pelalian semasa hamil

Apakah jenis pelalian yang diberi semasa hamil? Apa tujuannya?
Pelalian yang diberikan semasa hamil ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya adalah untuk mencegah puan dan bayi dari jangkitan kuman tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

Berapa kerapkah saya akan diberi pelalian?
Sekiranya puan pertama kali hamil, puan akan diberi pelalian anti-tetanus sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan seterusnya, puan hanya diberi pelalian sekali sahaja.

Pergerakan bayi dalam kandungan

Perlukah saya beri perhatian terhadap pergerakan bayi dalam kandungan?
Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. Sekiranya pergerakan bayi berubah dari biasa / kurang gerak / lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan Gigi

Perlu ke saya buat pemeriksaan gigi semasa hamil? Boleh ke?
Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia disyorkan kerana perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi. Masalah yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa minggu 13 hingga 24.

Risiko kelahiran pramatang (tidak cukup bulan)

Adakah saya berisiko untuk melahirkan bayi pramatang?
Ya. Jika puan mengalami masalah seperti di bawah:
~ Pernah mengalami kelahiran pramatang.
~ Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
~ Uterus dan serviks yang luar biasa.
~ Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh tekanan darah tinggi semasa hamil dan uri di bawah.
~ Kurang sokongan sosial
~ Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil.
~ Jangkitan pada salur kencing.
~ Jangkitan dalam rahim.
~ Kecacatan bayi dalam kandungan.

Apa tanda-tanda kelahiran pramatang?
Sakit perut seperti hendak bersalin dan pecah mentuban sebelum masa bersalin.

Macamana rawatan untuk bayi pramatang?
Bayi pramatang akan diberikan penjagaan dan rawatan rapi di hospital bergantung kepada tahap kesihatan bayi. Beri susu ibu agar pertumbuhan bayi akan lebih cepat.

Minggu 25 - 40 (Trimester Ketiga)

Persediaan untuk bersalin

Tanda Bersalin

Macamana tanda sakit yang menunjukkan sudah sampai masa untuk saya bersalin?
~ Lendir bercampur darah keluar dari faraj.
~ Sakit perut seperti hendak buang air besar.
~ Sakit pada bahagian pinggang.
~ Pecah air mentuban.
~ Sakit semakin kerap dan tempoh sakit semakin panjang.

Tempat yang sesuai untuk bersalin

Dimana tempat yang paling sesuai untuk saya bersalin dengan selamat?
Tempat yang paling sesuai untuk puan bersalin dengan selamat adalah tempat yang mempunyai anggota kesihatan yang terlatih, kemudahan yang lengkap, bersih dan selamat.

Teknik Bersalin

Macamana cara untuk saya bernafas semasa bersalin?
Terdapat teknik pernafasan semasa bersalin yang merangkumi 3 langkah iaitu:
~ Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.
~ Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit.
~ Apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek (shallow breath).

Penyusuan Susu Ibu

Bila boleh saya mulakan penyusuan susu ibu selepas bersalin?
Secepat mungkin. Sebaik-baiknya penyusuan dimulakan dalam masa sejam selepas bersalin.

Berapa kerap saya perlu menyusu bayi dengan susu ibu dan berapa kuantiti?
Puan perlu beri susu ibu kepada bayi sekerap mungkin.

Peralatan Bayi Dan Ibu

Apakah peralatan bayi dan ibu yang perlu saya sediakan?

Ibu
~ Sehelai blaus
~ Sehelai kain sarung
~ Stokin
~ Baju sejuk
~ Pakaian dalam
~ Tuala wanita
~ Peralatan mandian
~ Tuala mandi

Bayi
~ Sepasang baju
~ Lampin pakai buang
~ Stokin
~ Sarung tangan
~ Barut
~ Selimut bayi
~ Tuala mandi

Bagaimanakah cara penggunaan lampin dan penjagaannya?
Puan boleh menggunakan lampin kain atau lampin pakai buang yang ada di pasaran. Ia hendaklah ditukar sebaik sahaja bayi membuang air kecil atau besar untuk mengelakkan jangkitan kuman atau masalah kulit pada bayi. Puan boleh juga menggunakan krim untuk mencegah ruam lampin.

Dewan Bersalin

Apa yang perlu saya buat sebelum masuk ke dewan bersalin?
Puan perlu membersihkan diri dan memakai pakaian bersih yang disediakan.

Apa yang perlu saya buat semasa berada di dewan bersalin?
Puan perlu tenangkan diri dan mengikut arahan anggota kesihatan sepanjang proses bersalin. Puan boleh bertanya sekiranya ada sebarang soalan.

Boleh ke suami saya temankan saya semasa bersalin?
Ini bergantung kepada peraturan yang ditetapkan di fasiliti tersebut.

Saya seorang muslim. Boleh ke suami saya iqamat / azankan bayi dengan segera selepas bayi dibersihkan dalam dewan bersalin?
Boleh, suami puan boleh iqamat atau azankan bayi selepas bayi dibersihkan.

Bilik Penjagaan Bayi (Nurseri)

Bayi saya akan diletakkan bersama saya ke selepas bersalin?
Kebanyakkan bayi akan diletakkan bersama ibu melainkan bayi puan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan khas.

Apa yang saya perlu lakukan selepas bersalin di hospital?
Suami perlu melaporkan kelahiran di klinik kesihatan berhampiran untuk membolehkan jururawat membuat perawatan di rumah.

Rehat

Perlu ke saya berehat secukupnya selepas bersalin?
Ya, puan perlu berehat secukupnya bagi menjamin kesihatan yang optima.

Selepas bersalin macamana saya nak jaga emosi saya sebab banyak faktor yang akan mempengaruhi emosi saya?
Puan perlu mendapatkan rehat secukupnya serta sokongan daripada suami dan keluarga serta melakukan senaman postnatal.

Macaman saya hendak berehat sedangkan banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk menjaga bayi?
Puan boleh cuba memperuntukkan masa untuk berehat dalam kesibukan dan suami serta ahli keluarga lain perlu membantu.

Pakaian

Selepas bersalin, apakah jenis pakaian yang sesuai untuk saya?
Puan boleh memakai pakaian yang longgar dan selesa serta coli yang sesuai bagi memudahkan penyusuan susu ibu.

Pemeriksaan Postnatal

Bila saya perlu datang ke klinik untuk pemeriksaan postnatal?
Biasanya puan diminta hadir ke klinik selepas sebulan bersalin. Sekiranya puan mengalami masalah kesihatan, puan perlu segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.

Apakah tujuan pemeriksaan postnatal?
Ia adalah bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan puan berada dalam keadaan baik dan pemeriksaan pap smear biasanya dibuat pada masa yang sama. Puan juga akan dinasihatkan berkenaan dengan kaedah perancang keluarga.

Peralatan Bayi

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan peralatan bayi?
Pastikan peralatan bayi disimpan di tempat bersih. Sesetengah peralatan bayi seperti bekas menyimpan susu perahan perlu didihkan atau rendam menggunakan ubat steril peralatan bayi.

Kad Bayi

Apakah kad bayi perlu sentiasa di bawa ketika pemeriksaan oleh anggota kesihatan?
Ya, ianya perlu untuk merekodkan perkembangan bayi.

Bilakah masa yag sesuai untuk saya mendaftar kelahiran bayi selepas dilahirkan?
Kelahiran bayi perlu didaftarkan secepat mungkin.

Apakah keperluan untuk mendaftar kelahiran bayi saya?
~ Borang JPN LMO1
~ Kad pengenalan ibu dan bapa
~ Kad pemeriksaan kehamilan
~ Dokumen pengesahan kelahiran
~ Sijil nikah

Jadual Imunisasi Bayi

Apakah imunisasi yang akan diberikan kepada bayi saya selepas dilahirkan di hospital?
Bayi puan akan diberikan imunisasi BCG dan Hepatitis B.

Adakah terdapat imunisasi lain yang perlu diberi kepada bayi saya? Bila dan di mana?
Ya, imunisasi bayi perlu diberi sehingga bayi berumur 18 bulan. Ia boleh didapati di klinik kerajaan atau swasta mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan. Amat penting bagi puan membawa bayi pada masa yang ditetapkan.

Jaundis (Penyakit Kuning)

Apakah jaundis?
Jaundis ialah masalah kekuningan pada kulit dan mata bayi.

Mengapa jaundis boleh berlaku terhadap bayi saya?
Ia disebabkan oleh tahap bilirubin yang berlebihan dalam darah.

Apakah tanda-tanda jaundis pada bayi?
~ Kekuningan di selaput mata dan kulit bayi.
~ Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
~ Najis bayi kelihatan pucat atau air kencing menjadi pekat.

Apa yang perlu saya lakukan jika bayi saya jaundis?
~ Mendapatkan rawatan segera ke hospital atau klinik yang berdekatan jika terdapat tanda-tanda jaundis.
~ Elakkan dari memberi atau mengambil ubat tradisional secara mandian atau minum (cthnya susu kambing, alkohol dan lain-lain)
~ Elakkan daripada menjemur bayi di bawah matahari kerana ia akan menyebabkan kekeringan.
~ Meneruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap.

Penjagaan Bayi

Bagaimanakah cara untuk saya mandikan bayi?
Puan hendaklah menggunakan air suam dan bersih. Pastikan suhu air sesuai. Bersihkan muka dan rambut bayi dahulu dan diikuti dengan bahagian badan yang lain. Puan perlu menggunakan sabun bayi yang sesuai.

Bagaimanakah cara saya untuk saya cuci pusat bayi?
Pusat bayi perlu dicuci dengan ubat cucian pusat bayi yang diberikan oleh pihak hospital dengan menggunakan kapas bersih.

Saturday 2 March 2013

ST 12 Putih-Putih Melati

ST 12 putih-putih melati

Rumpai Laut sebagai Colegen

 COLLAGEN dengan 10 kali ganda lebih hebat khasiatnya dari sarang burung layang-layang yang berharga ratusan ringgit utk 1 hidangan, KALSIUM - 37 lebih tinggi dari hati ikan- PH - bernilai 7,6.


Rumpai laut gred AAA yang kering



Rumpai laut yang telah direndam 

Khasiat 

a) Mencerah, menegang, melembab dan menghaluskan struktur kulit.
b) Mecerahkan pigment, parut dan kegelapan kulit.
c) Mencegah dan mengurangkan kedutan(awet muda).
d) Menganjalkan kulit, punggung & payudara.
e) Mencegah dari keguguran rambut, kuku rapuh & rambut putus.
f) Menguatkan dan menjadikan rambut, kuku lebih bersinar.
g) Mengurangkan masalah kulit berminyak/kering/jerawat & pelbagai masalah kulit. . meningkatkan sistem
    imunisasi badan dan melaraskan berat badan.
h) Membantu badan(perlu minum banyak air masak), antibakteria dan memudahkan pembuangan air besar(sembelit).
i) Mengawal tekanan darah dan hypotension.
j) Menormalkan fungsi kelenjar tiroid dan menghapuskan neftritis, arritis, basal.
k)Baik jg utk mereka yg mengidap sakit tulang belakang & sengal2 badan kerana ia mampu mengisi rawan antara sendi,menguatkan tulang sendi & legimen.
l) Melembutkan tapak tangan dan merawat tumit kaki yg merekah.
m) Mengangkat kembali kulit yg kendur dan mengeleber.
n) Kulit kelihatan kemerahan, tegang & glowing.
o) Menghilangkan black circle dan eyebag.
p) Mengetat, menguat & menganjalkan vigina

Penyediaan sebagai minuman:

1. Basuh rumpai laut, ramas-ramas seperti basuh beras 5 - 6 kali.
2. Basuh rumpai laut yg telah di rendam semalaman.
3. Buang air rendaman tadi & basuh sekali lagi 5 - 6 kali ; toskan.
4. Campur dengan 2 liter air kosong ke dlm periuk utk direbus.
5. Masak dengan api yg perlahan dlm 30 - 45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampur dengan
    gula batu/merah @ ginseng.
** Diminum 2-3 kali sehari(pagi sebelum gosok gigi, malam sebelum tidur).

Cara membuat masker muka:
1. Selepas rumpai laut di rebus, tapiskan dahulu... sisa tapisan itulah digunakan utk buat masker... tunggu hingga sejuk...
2.cuci muka dahulu.
3. sapukan pada muka & leher(rasa sejuk & lembab)
4. Tunggu hingga masker kering @ dalam 1/2 jam.
5. Basuh dgn air suam hingga bersih.
6. Lapkan muka... Anda akan rasa kulit lembab,licin, gebu, cerah & tegang walaupun hanya dengan pemakaian masker yg pertama kali.

**  PERHATIAN: IBU COLLAGENT YG TELAH DI MASAK HENDAKLAH DI SIMPAN DALAM PETI AIS UTK MENGAJA KESEGARANNYA

Thursday 21 February 2013

Ikan Siakap 3 Rasa



Bahan-bahan

a)Utk ikan:

1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng ikan

b) Utk kuah

1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong menjadi kecil
1 inci halia - dihiris menjadi kecil
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knorr.Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan kuah mereneh seketika

Resepi Ayam Masak Pedas


Ayam masak pedas juga merupakan specialty ma di kampung.  Ini disebabkan kombinasi perap ayam bersama garam kunyit dengan tumis bawang merah dan lada.  Ini adalah antara menu wajib kami sekeluarga sejak aku kecil.

Bahan-bahan

Ayam diperap dgn garam kunyit dan digoreng ~ayam telah diperap dengan sebati (kunyit, bawang putih, halia dan garam); kiri untuk 1 jam atau 1/2 jam ~ goreng ayam sehingga warnanya bertukar perang keemasan (6-7 minit) dan ketepikan

Bahan seterusnya
Bawang merah 1 biji
lada kering 4 btg
semua blender
bawang merah di potong sbg hiasan
gula 1 sudu besar
asam jawa ~ 1 sudu asam jawa + 1/2 cawan air

Cara memasak

tumis bahan blender - pada kuali, tuangkan dicampur bawang dan cili, biarkan air kering, tuangkan sedikit minyak sehingga ramuan sebati dilindungi dengan minyak. masak sehingga warna bertukar coklat.
tumis hingga naik bau
masukkan gula
masukkan air asam jawa
masukkan ayam goreng
masukkan bwg hiris

Dah siap..

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn

Sarang Telur
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Udang
12 ekor udang
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann...

Kek Coklat Moist Cik Ain

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum serbaguna/tepung berserbuk penaik jenama Blue Key
3 biji telur Gred B (Guna 5 biji kalau gred C)
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan coklat serbuk Van houten
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan susu segar perisa coklat (guna brand apa2 pun boleh)
1/2 cawan susu manis

Cara-cara membuatnya :
1) Campurkan coklat dan minyak dalam satu bekas dan gaul rata dengan menggunakan senduk sehingga tidak berketul.
2) Dalam bekas yang lain, pukul telur dan gula sehingga kembang menggunakan mixer. Pastikan telur yang dipukul betul2 dan kembang. Nak tau dah cukup kembang ke tidak lihat pada warna telur ia berwarna kuning cair dan ringan. Setelah kembang, masukkan esen vanila dan gaul rata dengan menggunakan senduk.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Masukkan coklat yang dicampur dengan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul rata.
4) Masukkan susu manis ke dalam adunan dan gaul rata.
5) Masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul rata.
6) Masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan dan gaul rata. Jika sudah menggunakan tepung berserbuk penaik tak perlu letakkan serbuk penaik lagi. Soda bikarbonat dan serbuk penaik ditambah jika anda menggunakan tepung gandum serbaguna.
7) Lapikkan kertas minyak ke dalam bekas untuk membakar. Sapukan butter pada seluruh permukaan bekas. Tuangkan adunan 3/4 bekas. Adunan akan naik hampir 2x ganda. Tutup bekas dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan atas kek hangus.
8) Panaskan oven 180 C selama 10 minit menggunakan api atas dan bawah. Setelah panas, masukkan bekas ke dalam oven selama 45 minit. Selamat Mencuba!!

p/s : jika tiada susu segar boleh gantikan dengan 3/4 cawan air suam
Adunan yang siap dibancuh.

 sebelum bakar
siap dibakar


Resepi Topping Kek Coklat 

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air pana
1 sb mentega
1 sb susu pekat..

siap..

Sunday 6 January 2013

hari ini dapat duit kutu.. macam-macam nk belanja.. dalam pikiran ada byk perkara nk buat..

shopping..bestnye.. 

kedua jalan-jalan..




Saturday 5 January 2013

Trip ke Hat Yai


Sepatutnya aku hari ni travel pegi Hat Yai deng husband & kawan-kawan.. Disebabkan husband aku 2 polis, susah plak nak dapatkan cuti..frustnye.. aku sabar jela.. salah aku juga booking tiket xbgthu.. Konon2 nak bagi suprise.. tut tut aku yg kena suprise.. aduiiihh.. malu jgk dgn member2 aku ni.. aku boleh jer nak pergi tp takkan la nak tgglkan husband aku kat rumah sorang2. dah la baru kawin..xsyok la  macam 2..




Ini la bukti nye.. erm rugi duit aku.. satu pengajaran utk ak.. lain kali berbincang dlu dgn husband.. ini tak terus beli x tanya ape2..

Kucing kesayangan ku "moq"


Tgk habis tikar aku beli dia cakar.. Ini la dia "Moq". Tapi aku xkisah sb tikar ni pun aku beli khas utk dia.. supaya dia xcakar sofa aku..kikikiki...
Korang tgk dia baring camne.. mesti korang geram kan..

Ini kucing kesayangan ku..Nakal sgt-sgt. ni time rest tgk tv.. masa tu cerita vanila coklat..  ni la penemang aku klu suami aku kerja..
Sekarang dah masuk 2013.. Masa untuk aku tanam azam baru, hujung bulan ni aku plan nak pegi cameron tapi aku comfius. Nak tahu kenapa aku comfius.. sb dah lama aku xblik kg, rasa mcm nk blik kg.. Tp aku fikir aku dgn husband perlu rehatkan diri hilangkan stress kerja. Kerja asyik mc je krn penat, daripada mc baik cuti kan. nasib baik husband aku xkisah.