Wednesday 21 October 2015

Resepi Anak 1 tahun Yang Sihat, Mudah dan Sedap




Nasi goreng ikan bilis


Bahan-bahan:
Nasi yang telah masak
Ikan bilis yang telah dibuang kepala,najis dan tulangnya. Rendam dalam air.
Bawang putih
Bawang merah
Sayur yang digemari anak
Minyak zaitun
Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan merah sehingga lumat.
Tumis dengan sedikit minyak zaitun.
Dah wangi dan keperangan, boleh masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan tutup ap
Jemput-jemput ikan bilis

Bahan-bahan:
Bawang merah dicincang halus
Daun sup dicincang halus
Kentang dipotong dadu
Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulangnya, direndam dalam air.
Tepung unbleached
Air yang telah ditapis
Minyak Zaitun

Cara memasak:
Tumbuk ikan bilis sehingga lumat
Masukkan ikan bilis, bawang, kentang dan daun sup dalam tepung.
Tambahkan air agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sehingga sebati.
Gorengkan dalam minyak zaitun sehingga keperangan.

  1. Marcaroni goreng
    Bahan-bahan:
    Sedikit udang kering (pastikan anak anda tidak alah dengan udang). Basuh dan rendam dalam air.
    Bawang putih
    Bawang merah
    Unsalted butter
    Marcaroni yang telah direbus dengan air dan sedikit minyak zaitun dan ditoskan
    Cara memasak:
    Kisarkan udang kering, bawang merah dan putih.
    Cairkan sedikit unsalted butter, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan keperangan.
    Masukkan marcaroni dan gaul sebatiChicken p
    • Bahan-bahan:
      • Tepung unbleached
      • Sedikit soda bikarbonat
      • Telur (pastikan anak anda dah lepas ujian telur)
      • Unsalted butter
      • Kurma yang telah dijadikan puree
      • Madu
    • Cara memasak:
      • Pukul telur sehingga kembang
      • Masukkan tepung dan soda bikarbonat
      • Masukkan sedikit puree kurma
      • Gaulkan sehingga sebati
      • Panaskan kuali dan cairkan unsalted butter.
      • Masukkan satu senduk bancuhan tadi. Masak dengan api yang kecil
      • Dah siap, boleh dimakan juga dengan madu
  2. Biskut melt in mouth
    • Bahan-bahan:
      • 1/2 cawan unsalted butter
      • 1/8 cawan tepung jagung
      • 3/4 – 1 cawan tepung unbleached
    • Cara memasak:
      • Pre-heat Oven 190 Celcius
      • Pukul unsalted butter sampai kembang
      • Masukkan tepung, gaul sebati.
    • Cara tambah perisa, sama ada:
      • 1/3 adunan ditambah dengan 1 sudu besar puree kurma
      • 1/3 adunan ditambah dengan susu ibu
      • 1/3 adunan ditambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma
  3. Ikan tenggiri panggang butter
    • Bahan-bahan:
      • Ikan tenggiri potong dibasuh dengan air asam jawa
      • Bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk
      • Unsalted butter
    • Cara memasak:
      • Lumurkan potongan ikan tenggiri tu dengan bawang putih dan kunyit.
      • Perapkan.
      • Panaskan kuali dengan butter, masak ikan sehingga keperangan.
  4. Nugget Ayam
    • Bahan-bahan:
      • Isi ayam
      • Oat
      • Tepung unbleached
      • Telur (pastikan anak dah lepas ujian alahan telur)
      • Minyak Zaitun
    • Cara memasak:
      • Kisarkan ayam dengan sedikit air masak (jangan banyak nanti susah nak kepal)
      • Campurkan sedikit tepung sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa tepung tu lebih dominan
      • Celup dalam telur
      • Golekkan dalam mangkuk berisi oat
      • Goreng dengan minyak zaitun
  5. Creamy Cheezy Chicken pasta
    • Bahan-bahan:
      • Bawang merah, bawang putih
      • Marcaroni/ pasta lain
      • Isi Ayam
      • Stok ayam homemade
      • Lobak merah/cendawan/brokoli
      • Cheddar cheese (grated)
      • Pepper/ black pepper (letak sedikit je takut perut anak tak tahan)
      • Pelbagai herba itali
      • Unsalted butter/ minyak zaitun
      • tepung unbleached
    • Cara Memasak:
      • Rebus marcaroni dengan air dan sedikit minyak zaitun
      • Tumis semua bawang dengan unsalted butter.
      • Masukkan isi ayam
      • Masukkan air/stok ayam
      • Tambah tepung dan kacau sehingga tidak berketul
      • Masukkan sayur
      • Bila dah mendidih, masukkan cheese, pepper dan mixed herbs tadi
      • Tutup api bila cheese dah cair
  6. Kentang bakar
    • Bahan-bahan:
      • Kentang
      • Unsalted butter
      • Pepper
      • Chopped garlic
    • Cara memasak:
      • Bersihkan kentang
      • potong ikut suka
      • Gaul dengan sedikit pepper, chopped garlic dan unsalted butter
      • Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven, boleh bakar atas kuali tapi kena steamkan dulu, biar kentang menjadi lembut
  7. Biskut kering
    • Bahan-bahan:
      • Roti Gardenia
      • Pencetak kuih raya
    • Cara Memasak:
      • Terap roti gardenia mengikut bentuk yang anda suka
      • Bakar pada suhu 110 celcius selama 10 minit
      • Bakar sehingga keperangan (semua air dah keluar dari roti)
      • Sejukkan

PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK





- Step 1 -

- Step 2 - 





Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukkan : Citarasawan
Sumber : Azlita Masam Manis
.
BAHAN - BAHAN
.
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
.
CARA - CARA
.
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry
.
Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

Monday 19 October 2015

Gemuk.. Gemuk.. Gemuk & Gemuk


Cara Diet Atkins Yang Berkesan, Diet Atkins, Diet Atkins Berjaya, Rahsia Diet Atkins,

Diet AKTINS

 Saya pernah menangis kerana di ejek GEMUK….
Malah saya juga pernah disisihkan….
Berbelas jenis produk telah saya cuba, beribu-ribu duit saya habis, tapi hasilnya SEMENTARA…
Apa lah salah saya, mana silapnya ????????
Kemudian, saya tersedar pada suatu hari……
" Menurunkan berat badan adalah pelan diet yang perlu difahami dan dipelajari, bukan bersandarkan produk semata-mata"…
DAN di saat itulah hidup saya mula berubah, saya telah belajar untuk kurus TANPA membayar produk walau dengan 1sen pun duit saya ………………………… "


" JIKA SELAMA INI ANDA TERCARI-CARI PELAN DIET IDAMAN YANG MENJAMIN PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SEMULAJADI SEHINGGA 4 KG SEMINGGU, MEMBAKAR LEMAK DENGAN PANTAS, TANPA BERLAPAR, TANPA PENGGUNAAN SEBARANG PRODUK, JADI MUNGKIN INILAH PELAN DIET YANG PALING LUAR BIASA BERKESAN PERNAH ANDA JUMPAI



Tips Kecilkan Peha

SQUAT CHALLENGE 


Buat dalam masa sebulan seriously memang jadi. Kaki kecik, tontot bulat dan ada thigh gap.


30 LUNGES
30 kali setiap malam untuk mencantikkan diri semula 


60 - 100 JUMPING JACKS 
Lompat bintang. buat 50 hingga 100 kali


50 SECOND WALL SIT 

tips : buat sambil tengok tv. 
untuk kecikkan kaki, hanya senaman seperti diatas. sapu losyen panas supaya cepat berkesan/ membakar lemak dengan cepat dan mempercepatkan metabolisma.
Lakukan 20 minit seharisebelum tidur. 



Tuesday 13 October 2015

Menu Clean AKTINS

Menu Clean AKTINS

sekurang2nya untuk 2 minggu, guna menu ni.. lepas 2 minggu bolehlah guna stevia & pelbagaikan resepi asal lulus fasa 1 dan 20 gm carb/hari.




Menu - Menu diet Aktins

Dibawah serba sedikit menu yang perlu diamalkan.. kipidap dongibab.. 

Resepi untuk 2 Minggu 

 Meetball Aktins

Nugget Ayam Aktin

Koteaw Aktins


 Murtabak Aktins

Cekodok Aktins

Tomyam Aktins

Apa itu Diet Atkin

Bermulanye fasa- fasa untuk mendietkan diri. Antara peraturan yang perlu dipatuhi seperti gambar dibawah. Amal jangan tak amal. nnt gemuk sape susah.

Fasa 1 - Lulus

Fasa 1 - Lulus

Fasa 1 - Lulus

Fasa 1 - Lulus

Makanan yang dibenarkan 

Makanan tidak dibenarkan 

Wednesday 26 August 2015

Kari Ayam Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
11/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.




Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.




Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.




Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.





Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

Monday 17 August 2015

Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen



Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Apam SUSU



By ~ Aleen Aireish
sumber ~ kwn2 pesbuk
Gambar - Siti Rohayu

Bahan-bahan :
4 bj telur
2 cwn tpg gandum
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
perwarna kesukaan

Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrapa bahagian & warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak

~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.

APAM SUSU VERSI 2

Bahan-bahan :
2 cwn tpg gandum
1 s/k baking powder
** ayak sekali, ketepikan

4 bj telur
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
4 s/b susu pekat manis
4 s/b myk msk
perwarna kesukaan

Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan susu pkt,kaup balik
- masukkan myk msk, kaup balik
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak

~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.

APAM SUSU VERSI 3
Bahan-bahan :

2 cwn tpg gandum
4 s/b susu tpg
** ayak sekali, ketepikan

4 bj telur
1 s/b ovelatte
1 s/k esen vanila
1 cwn gula kastor
perwarna kesukaan

Cara-cara :
- telur, ovelatte, gula & esen vanila pukul kembang, putih gebu
- masukkan tpg kaup balikkan juga, siap
- bahagikan kpd bbrpa bahagian dan warnakan
- kukus 40 minit atau hingga masak





 Keropok Lekor import dari kelantan



Pagi ni mama zara bekalkan breakfast keropok lekor  je.

KEROPOK LEKOR (ihsan resepi dari Amalia Bundawidya)

Bahan-bahan:

1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Cara-cara:


1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. .

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.


Ibu-ibu yang sukar dapatkan keropok lekor di bandar-bandar, boleh buat sendiri mengikut sukatan dan kelembutan yang boleh di'adjust' ikut kegemaran sendiri

[Proses membuat Keropok Lekor]

Ada sebab kenapa perlu tambah ketulan air batu sewaktu mengadun isi ikan dan tepung. Ketulan ais bukan air dingin, ya. Berbeza keduanya.

Ini bagi memudahkan kerja mengadun supaya doh tidak melekat pada tangan / bekas.

Sepertinya kita menambahkan minyak atau butter sewaktu mengadun doh roti.
Selamat mencuba


Gulai Ketam


Bahan - bahan

* Cili kering 6 keping  (kalo nak sedap & pedas campur sedikit cili padi) + 3 inci kunyit + bawang merah 3 ulas+ * 2 bulas bawang putih (blender)
* Santan Kelapa
* 3 batang Serai
* Daun Kunyit
* 1 keping Asam gelugor

Cara Membuat :
1. Masukkan santan dalam periuk
2. Campurkan bahan2 yang sudah diblender tadi dan kacau.
(mesti kacau selalu bagi menggelakkan kuah gulai jadi berketul-ketul)
3. Sambil mengacau, masukkan ketam satu persatu.
4. Masukkan serai & daun kunyit.
(Daun kunyit, kalo xnak masuk pon xpe.. tp lg best dimasukkan)
5. Last, masukkan asam gelugor sekeping bagi m'balancekan rasa. tapi ada org tu dia x masukkan asam keping ni...
6. Boleh tambahkan bendi kalo suka ;-)
Kari Ayam Sedap
Oleh: Azie Kitchen



Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
11/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.



Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.



Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.


Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.



Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.
Tom Yam Thai
diolah: Azie Kitchen



Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.


Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung


Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Udang Goreng Kunyit

BAHAN2
10 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah - hiasan
1 ulas bawang besar - potong nipis
1 sudu makan sos tiram
daun bawang - hiasan
garam, gula
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng

Caranya:
Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan sos tiram dan kacau. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong..sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
HOMEMADE POTATO CHIP
sumber: izahdaut














3 biji kentang besor
ketulan ais secukupnya
air
garam dan gula

Caranya:
Kentang dibuang kulit dan hiris nipis.
Rendam dalam air sejuk atau ketulan ais. Boleh juga rendam dan simpan ke dalam peti ais.
Rendam sekurang kurangnya setengah jam ke sejam.
Bancuh garam dan sedikit gula dengan air panas (dijadikan air garam), ketepikan.
Toskan dan keringkan kentang menggunakan towel bersih.
Goreng dengan minyak yang panas Sehingga keperangan.
Apabila kentang perang, sudukan sedikit air garam tadi ke dalam gorengan. *berhati-hati kerna minyak akan sedikit percik, tapi tak kuat mana pun.
Kacau kacau sebentar dan angkat kentang yang garing tadi.
Tos kan minyak dan nikmati kerangupannya.
Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan rangup sehingga 3 hari. Mungkin juga lebih kot masih rangup sebab 3 hari dah habis. Hehe..