Monday 17 August 2015

Masak Gulai Lemak Ayam
Oleh: Azie Kitchen



















Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 santan kotak (campur air secukupnya)
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Sedikit lengkuas - tak letak sb tak ada stok
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar (ikut pedas disukai)
1 batang serai - ketuk
Beberapa helai daun limau purut
1/2 keping asam keping
Garam
Lada solok - jika ada

Cara cara;
Kisar bawang, kunyit, halia dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan cili kisar dan santan serta air.

Masak seketika dan masukkan ayam, serai dan masak sehingga menggelegak. Masukkan daun limau purut, asam keping dan garam.

Sentiasa dikacau. Apabila ayam masak, boleh dimasukkan lada solok, ditutup api selepas sesuai dan secukup rasa
.

No comments:

Post a Comment