Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 sb gula pasir
1 sb air panas
Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
Bahan bahan Puding:
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla
Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.
Tuang ke dalam loyang berisi gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment