Sunday 28 December 2014

Bayi 8 bulan - 10 bulan


Mashed potato with broccoli sauce



Rebus atau kukus kentang sampai empuk, bila da empuk lenyekkan masukkan unsalted butter skit.

Untuk kuahnya, tumbuk bawang putih dan merah tumis dengan sedikit minyak, tambah air dan stok ayam, biar mendidih kemudian masukkan broccoli yang sudah dicincang or diblend halus. Biar mendidih masukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah. Akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. (Sikit je kang kepedasan lak, just untuk perasa je)


Pan grill potato wedges



Kukus or rebus sebentar kentang. (kejap je untuk lembikkan kentang). Bila kentang da sejuk gaulkan dengan bawang putih yang ditumbuk. Grill dalam kuali leper (pan) sampai masak. Sesuai dijadikan finger food.

Baked potato


Belah dua kentang kemudian kukus atau rebus sebentar. Tumiskan bawang putih dan bawang merah, masukkan daging cincang, lobak, tomato. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan hirisan daun sup dan lada sulah sedikit.

Korek bahagian tengah kentang yang sudah dikukus, sapukan olive oil, masukkan inti daging tadi dan tutup dengan grated cheese. Bakar 120 C selama 10-15 minit


Bergedel kentang ikan bilis (dalam tupperware kecik)



Kukus atau rebus kentang sampai empuk, lenyek dan ketepikan. Goreng ikan bilis yang sudah direndam semalaman sampai garing, kemudian tumbuk sampai lumat. Gorengkan bawang merah sampai garing macam buat bawang goreng tu. Hiris daun sup. Masukkan ikan bilis, bawang merah dan daun sup ke dalam kentang yang sudah dilenyek, gaul sampai sebati. Bentukkan ikut bentuk suka hati. Celup dalam telur dan golekkan dengan bread crumb buatan sendiri dan goreng.

Potato Chips

Basuh kentang, buang kulit dan hiris guna penyagat. Renjiskan minyak zaitun dekat loyang, susun satu-satu hirisan kentang dan bakar pada suhu 160 C selama 5-10 minit.

Assalamualaikum,

Rajin plak Mama zahra ni update blog.. selalu berbulan2 xupdate..hehe baisa lan kemalasan melanda. Malam ni kerja malam, sikecit tido dgn pengasuh. papa nye plak keje mlm jgk..cian si kecik tu terpaksa tido dgn pengasuh.. tp xpe pengasuh tu dah anggap zahra mcm xuxu sendiri. Alhamdullilah.

Ok ni saya tgh menggoogle resepi bayi 9 bulan sebab si kecik tu baru masuk 9 bulan..hahaha.

Fruity Bread Pudding
Bahan-bahan:

Roti sekeping, susu formula/susu segar (1thn ke atas)/susu ibu, telur sebiji, buah-buahan. Kalau nak manis leh tambah puri kurma skit kat bancuhan susu dan telur.

Caranya:

Potong dadu roti, rendam dlm bancuhan susu dan telur sampai terendam, biarkan kejap. kemudian taburkan buah-buah masuk dlm bekas dan bakar dalam 180C selama 10 minit or sehingga masak.

Broccoli french toast


Bahan-bahan:

Sekeping roti, brokoli floret, telur, lada sulah

Cara-caranya:

Celup roti dengan telur yg dipukul dan ditabur lada sulah sikit. Kalau nak bentuk mcm ni, potong ikut acuan dulu pastu celup telur. Goreng dengan sedikit minyak zaitun, tabur brokoli floret yg dicincang di atas roti. Balik-balikkan sampai masak..siap.


Roti dengan puri prune



Bahan-bahan:

Sekeping roti, puri prune

Cara-caranya:

Gelekkan roti sampai nipis guna rolling pin or gelas or apa saja yg boleh jadikan roti tu nipis. Sapu dengan puri prune dan gulungkan. Kemudian potong.


Cheesy french toast


Bahan-bahan:

Roti sekeping, telur sebiji, keju chedar yg diparut

Cara-caranya:

Potong roti ikut acuan yg disukai, celupkan dalam telur yg sudah dipukul. Goreng dalam minyak yg sikit, balik-balikkan. Sebelum angkat taburkan keju yg diparut. Siap.


Banana sausage french toast





Bahan-bahan: 

Roti sekeping, pisang sebiji, telur sebiji.

Cara-caranya:

Gelek roti guna penggelek atau apa saja yg boleh gelekkan roti sampai nipis. Gulungkan dengan pisang, celup telur dan masak dengan minyak yg sikit. Da siap boleh dipotong nipis-nipis.



Thursday 25 December 2014



Mood mencari resepi makanan  & bento makanan


1) Nasi Goreng Butter


Bahan-bahan :


2 mangkuk nasi putih. 

1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar mentega
5 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1/2 biji lobak merah (di dadu)
2 urat kacang panjang/ kacang buncis (ptong halus)
1/2 labu bawang besar (hiris memanjang / di dadu)
ikan bilis goreng secukupnya (guna ikan bilis paling kecil)
sebutir telur (dipukul sedikit)Air, garam & serbuk lada putih secukupnya

Caranya:


Panaskan minyak & mentega dalam kuali.Tumiskan bawang putih hingga kekuningan atau tepi bawang nampak garing. Masukkan lobak merah & bawang besar.Kacau sekejap masukkan sedikit air, kacang panjang & garam mengikut selera memasing. Bila dah mendidih atau nampak kering sikit masukkan nasi dan gaul hingga rata. Kumpulkan nasi di tengah-tengah kuali dan tuangkan telur yang dipukul sedikit tadi mengelilingi tepi nasi goreng.Biarkan seketika atau sehingga telur hampir masak dan gaul bersama nasi hingga rata. Bila nasi dh nampak garing tutupkan api dan masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata & hidangkan.


Resepi Pancake


Bahan-bahan

Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 1 sudu kecik
Telur 1 biji
Gula 2 sudu
Susu segar 1 cawan
2 sudu besar mentega dicairkan

Cara2:

Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang





Tips: Pancake sedap dimakan bersama madu, jem, nutella / chocolate syrup dan sebagainya

Monday 22 December 2014

MENU UNTUK BAYI BERUSIA 9-11 BULAN


MINGGU 1 

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus.
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli , puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

PELBAGAI RESEPI BUBUR NASI UNTUK SI MANJA
.
 Jika di suap sahaja bubur nasi ke mulut irfan setiap hari pasti bosan juga dibuatnya kerana tiada perisa. Mama dan ayah berusaha mempelbagaikan resepi bubur untuk irfan antaranya ialah:




BUBUR NASI + SAWI MANIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + LOBAK MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + LABU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BROKOLI + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM MERAH + AYAM + BADAM.


BUBUR NASI + LOBAK UNGU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM HIJAU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + K.BUNCIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + TAUHU + L.MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KOBIS BUNGA + KENTANG + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.UNGU + S.MANIS + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + BROKOLI + TAUHU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + LABU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + BROKOLI  + AYAM +  BADAM
Resepi Maggi Ketam



Resepi :
a) tumis bawang putih n bawang merah, agak kekuningan masukkan perencah maggi dan sesudu serbuk kari. Tumis smp pecah minyak. 
b) lepas tu masuk air mengikut sukatan yg diperlukan. Dah gelagak letak cili api 3 biji, serbuk/kiub pati ayam n sesudu cili sos. 
c) kemudian masukkan ketam. Bila ketam masak, angkat ketam. 
masukkan megi dan sayuran dan pecahkan telur kalau nak. Tp saya rasa tak pecahkan telur lagi sedap kot.

d) dah siap hidangkan megi dan letak ketam tadi. nak mkn perah limau sikit. holiau! ;) 


Resepi spegetti Oglio Olio 



Bahan2:
·         1/2 paket spageti direbus
·         10-12 ekor udang 
·         1/2 cawan air.
·         sedikit serbuk pati ayam
·         2 sudu makan mentega
·         2 sudu minyak zaitun
·         5 ulas bawang putih (cincang halus)
·         3 - 5 biji cili api (dicincang halus)
·         1 biji cili merah atau hijau (dicincang)
·         daun ketumbar + daun sup (dihiris)
·         beberapa biji tomato ceri (belah 4)
·         sedikit lada hitam (ditumbuk)
·         garam secukup rasa.
·         thyme , oregano, n chili flakes


Cara masak:



  1. Rebus kulit udang dgn sedikit air dan serbuk pati ayam.
  1. Panaskan mentegadan gorengkan udang sebentar. Angkat dan ketepikan.
  1. Dengan menggunakan kuali yg sama, 
  1. panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau/merah. 
  1. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok udang tadi.
  1. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam, tomato dan terus tutup api.
  1. Masukkan daun ketumbar dan daun sup, thyme, oregano n chili flakes. kacau rata. siap!


apa itu ATKINS diet?
nak explain memang berjela la...
boleh rujuk DietDoctor untuk penerangan secara ilmiah nya.
atau
boleh juga refer FB Page Kelab Diet Atkins [Malaysia] 
untuk dapatkan info, share menu, inspirasi dari geng diet. :)
**copy paste**

  • kacau 2 biji telur dibasuh bersama sayuran pilihan (gua guna spinach dan broccoli), cili besar + cili api sikit, oregano, black pepper crush dan secubit kecil garam.
  • panaskan pan dgn sedikit olive oil (nk guna butter boleh... nak guna minyak masak cap buruh pon boleh. suka hati), dan dadarkan telur tadi dgn api perlahan.
  • dah siap dan gua ngap bersama sos nandos (sebab chili sos x halal utk atkins) bersama mayonis low carb.


Butter Chicken
Cara Memasak:

  • perap ayam dgn serbuk kari dan garam sikit, kemudian goreng dan ketepikan.
  • panaskan butter, tumis bawang besar dan putih (yang didadukan), cili api (saya pakai 4 biji utk 4 ketul ayam), cili merah dan daun kari sampai wangi.
  • kemudian masukkan susu cair / susu segar
  • last sekali masukkan ayam tadi dan gaul mesrakan mereka.

Sunday 16 November 2014

Nasi Ayam Istimewa

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.



Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  






Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning


Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 





Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 








Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)




Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 



Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera.